Jangan Terpadaya dengan skim Piramid yang bertopengkan program Affiliate.Ternyata memang terdapat skim affiliate yang sebenarnya bukan program affiliate,tetapi adalah skim piramid. Mereka hanya gunakan nama 'Affiliate' atau 'Associates' untuk mengaburi mata orang ramai.... menurut saudara qaladriel yang dipetik dari forum saudara zakuan
Ciri-ciri Skim Piramid tersebut ialah:
- Tidak ada produk atau ada 1-2 produk sahaja. Selalunya produk itu tidak berkualiti, defective dan tidak berfaedah.
 - Utamakan anda mencari downline. Produk yang dipromosi tidak penting dan hanya disebut bagi memenuhi syrat perundangan.
 - Menyuruh anda membayar yuran keahlian untuk menyertainya.
 
Menurut beliau lagi Amazon.com sendiri yang merupakan gadung perniagaan internet yang begitu besar pun tak pernah menyuruh affiliatenya membayar yuran sewaktu mendaftar jadi affiliate mereka, jadi buat apa anda nak susah-susah bayar membership... Kalau program affiliate yang anda sertai lebih sibuk menyeru anda mencari downline dan ahli-ahli, dan bukan kepada jualan produk atau perkhidmatan, jauhkan diri .... jangan sertai ... walaupun mereka janji 70% komisyen ... itu adalah skim piramid. Lambat-laun anda akan dimarah oleh downline jika penipuan itu terbongkar dan anda akan hilang kredibiliti sebagai internet marketer yang bagus. Semoga dapat membantu. Tq qaladriel bagi informasi yang berguna ini, salam kejayaan daripada saya.



