"Dapatkan Tips RAHSIA BESAR bagaimana ANDA mencari DUIT di Internet...Jom Cari Duit".

Monday, October 13, 2008

Betul ke? baca email dapat duit....

Betul ke dengan membaca email anda akan dapat duit? Tidak dapat dinafikan setiap hari inbox emel kita penuh dengan iklan jenis ne. banyak yang sudah menjadi mangsa kepada email ini. Bila dah sampai tahap minimum payout,haram satu sen pun tak dibayar. Sanggup ke pengandali program ini nak bayar kalau dah akaun program baca emel dapat duit ini sampai USD 1 juta Dollar USA. Ada juga yang menawarkan nilai emel yang tinggi sehingga 2 ribu Dollar satu email. Bayangkan kalau di tukar dengan RM kita…wow dah kaya dibuatnya. Sambil menonton tv duit mencurah masuk ke akaun dibuatnya. tak paya nak susah2 kerja lagi. Bestnya leh jadi jutawan lage…tape dahlah masa terbuang begitu saja dan send email ajak kawan masuk tetiba time nak tebus duit yang ada kat akaun tu, duit pula berkurangan,langsung dia tak bagi apapun…apatah lagi nak transfer ke akaun paypal,E-gold ataupun check.

Saya nasihatkan kepada yang melayari blog ini ,ambillah iktibar dan berhati-hatilah dengan program baca emel dapat duit ini…soal samada free ataupun percuma ataupun berbayar ia tetap scam dan lihat bukti di sini dan di sini yang cukup memberi info berguna kepada kita semua. Kalau ada sesiapa nak tegakkan benang yang basah dan percaya dengan program ne...emm...bukti dah ada ...renung-renungkan dan fikir-fikirlah. Jangan sampai masa kita terbuang asyik fikir pasal benda ne…joinlah program yang berguna dan dapat memberi pulangan ataupun faedah kepada kita. kalau masih ada nak join benda ne…tidak ada paksaan daripada saya…Cuma tanggungjawab saya hanyalah untuk memberitahu dan menjelaskan perkara sebenar. InsyaAllah kalu ada info terkini pasal program yang scam dan mencengkam ne, saya akan pamerkan kat blog ini. Salam ukhwah daripada saya.

Sunday, October 12, 2008

Skim Piramid Bertopengkan Program Affiliate

Jangan Terpadaya dengan skim Piramid yang bertopengkan program Affiliate.Ternyata memang terdapat skim affiliate yang sebenarnya bukan program affiliate,tetapi adalah skim piramid. Mereka hanya gunakan nama 'Affiliate' atau 'Associates' untuk mengaburi mata orang ramai.... menurut saudara qaladriel yang dipetik dari forum saudara zakuan

Ciri-ciri Skim Piramid tersebut ialah:
  1. Tidak ada produk atau ada 1-2 produk sahaja. Selalunya produk itu tidak berkualiti, defective dan tidak berfaedah.
  2. Utamakan anda mencari downline. Produk yang dipromosi tidak penting dan hanya disebut bagi memenuhi syrat perundangan.
  3. Menyuruh anda membayar yuran keahlian untuk menyertainya.

Menurut beliau lagi Amazon.com sendiri yang merupakan gadung perniagaan internet yang begitu besar pun tak pernah menyuruh affiliatenya membayar yuran sewaktu mendaftar jadi affiliate mereka, jadi buat apa anda nak susah-susah bayar membership... Kalau program affiliate yang anda sertai lebih sibuk menyeru anda mencari downline dan ahli-ahli, dan bukan kepada jualan produk atau perkhidmatan, jauhkan diri .... jangan sertai ... walaupun mereka janji 70% komisyen ... itu adalah skim piramid. Lambat-laun anda akan dimarah oleh downline jika penipuan itu terbongkar dan anda akan hilang kredibiliti sebagai internet marketer yang bagus. Semoga dapat membantu. Tq qaladriel bagi informasi yang berguna ini, salam kejayaan daripada saya.