"Dapatkan Tips RAHSIA BESAR bagaimana ANDA mencari DUIT di Internet...Jom Cari Duit".

Monday, March 9, 2009

Ebay terhangat bukannya filem hangat

Kenapa eBay membawa pulangan yang hebat ? Menurut Saudara Khairul Azlan yang terkenal sebagai Sifu Lan mengatakan..... "Rahsia ini AMAT BESAR sehingga setelah anda mempelajarinya dari saya, anda sendiri akan merahsiakannya kerana lebih ramai orang tahu tentang rahsia ini, lebih ramai saingan anda di eBay!Oleh itu janganlah jadi orang yang terakhir mengetahui rahsia hebat ini."

Friday, March 6, 2009

Pocket Finance Diary




Best tak Pocket Financy Diary ne! emmm..ok lah saya nak cerita sikit tentang aplikasi sofeware ne,ianya merupakan aplikasi yang dapat digunakan untuk mengatur kewangan peribadi anda dengan begitu mudah dan cepat. malahan ianya juga dapat merekodkan transaksi kewangan peribadi anda seharian. bestnya lagi ianya dapat digunakan untuk menjalankan pembayaran langsung dari akaun anda. Anda juga dapat menciptakan beberapa catatan kewangan dengan matawang yang berbeza di seluruh dunia. catatan kewangan anda tersebut dapat ditampilkan secara harian,bulanan dan sebagainya mengikut citarasa anda...selamat mencuba dari saya


Tuesday, March 3, 2009

Friday, February 27, 2009

Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid

sumber http://webblog.myjodoh.net/2007/06/20/tip-tip-bagaimana-menjadi-jutawan-daripada-al-quran/

Saturday, February 21, 2009

How to make Money from social Network Site

You can earn money from Social networking sites. All the hard work that put on making your social site presentable could actually pay you money. There are sites allow you to become part of their community at the same time pay you for doing so:

1. newsvine.com- this community loves anything newsworthy - from opinion to investigative reporting to news reporting. They pay 90% of the advertising revenue based on page views to members.


2. Mylot.com - you get paid by just signing up, starting or commenting on discussions. They pay through paypal.

3. Giblink.com - a global community of entrepreneurs, small business owners and home-based business owners for business promotions, ideas and strategies sharing. You get paid 70% of revenues earned.

4. yuwie.com - this is one way to earn from social networks. Yuwie allows you to create profiles, share them to your friends and earn from the advertisements.


Selamat mencuba dan semoga berjaya


Monday, October 13, 2008

Betul ke? baca email dapat duit....

Betul ke dengan membaca email anda akan dapat duit? Tidak dapat dinafikan setiap hari inbox emel kita penuh dengan iklan jenis ne. banyak yang sudah menjadi mangsa kepada email ini. Bila dah sampai tahap minimum payout,haram satu sen pun tak dibayar. Sanggup ke pengandali program ini nak bayar kalau dah akaun program baca emel dapat duit ini sampai USD 1 juta Dollar USA. Ada juga yang menawarkan nilai emel yang tinggi sehingga 2 ribu Dollar satu email. Bayangkan kalau di tukar dengan RM kita…wow dah kaya dibuatnya. Sambil menonton tv duit mencurah masuk ke akaun dibuatnya. tak paya nak susah2 kerja lagi. Bestnya leh jadi jutawan lage…tape dahlah masa terbuang begitu saja dan send email ajak kawan masuk tetiba time nak tebus duit yang ada kat akaun tu, duit pula berkurangan,langsung dia tak bagi apapun…apatah lagi nak transfer ke akaun paypal,E-gold ataupun check.

Saya nasihatkan kepada yang melayari blog ini ,ambillah iktibar dan berhati-hatilah dengan program baca emel dapat duit ini…soal samada free ataupun percuma ataupun berbayar ia tetap scam dan lihat bukti di sini dan di sini yang cukup memberi info berguna kepada kita semua. Kalau ada sesiapa nak tegakkan benang yang basah dan percaya dengan program ne...emm...bukti dah ada ...renung-renungkan dan fikir-fikirlah. Jangan sampai masa kita terbuang asyik fikir pasal benda ne…joinlah program yang berguna dan dapat memberi pulangan ataupun faedah kepada kita. kalau masih ada nak join benda ne…tidak ada paksaan daripada saya…Cuma tanggungjawab saya hanyalah untuk memberitahu dan menjelaskan perkara sebenar. InsyaAllah kalu ada info terkini pasal program yang scam dan mencengkam ne, saya akan pamerkan kat blog ini. Salam ukhwah daripada saya.

Sunday, October 12, 2008

Skim Piramid Bertopengkan Program Affiliate

Jangan Terpadaya dengan skim Piramid yang bertopengkan program Affiliate.Ternyata memang terdapat skim affiliate yang sebenarnya bukan program affiliate,tetapi adalah skim piramid. Mereka hanya gunakan nama 'Affiliate' atau 'Associates' untuk mengaburi mata orang ramai.... menurut saudara qaladriel yang dipetik dari forum saudara zakuan

Ciri-ciri Skim Piramid tersebut ialah:
  1. Tidak ada produk atau ada 1-2 produk sahaja. Selalunya produk itu tidak berkualiti, defective dan tidak berfaedah.
  2. Utamakan anda mencari downline. Produk yang dipromosi tidak penting dan hanya disebut bagi memenuhi syrat perundangan.
  3. Menyuruh anda membayar yuran keahlian untuk menyertainya.

Menurut beliau lagi Amazon.com sendiri yang merupakan gadung perniagaan internet yang begitu besar pun tak pernah menyuruh affiliatenya membayar yuran sewaktu mendaftar jadi affiliate mereka, jadi buat apa anda nak susah-susah bayar membership... Kalau program affiliate yang anda sertai lebih sibuk menyeru anda mencari downline dan ahli-ahli, dan bukan kepada jualan produk atau perkhidmatan, jauhkan diri .... jangan sertai ... walaupun mereka janji 70% komisyen ... itu adalah skim piramid. Lambat-laun anda akan dimarah oleh downline jika penipuan itu terbongkar dan anda akan hilang kredibiliti sebagai internet marketer yang bagus. Semoga dapat membantu. Tq qaladriel bagi informasi yang berguna ini, salam kejayaan daripada saya.